Seramai 96 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah terpilih untuk menyertai program ini yang diadakan pada 30 dan 31 November 2019 di Dewan Terbuka Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah. Sebanyak 6 buah sekolah telah terpilih dalam kawasan DUN Pengkalan Kundur dan salah satunya ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.Dalam program ini, calon-calon SPM turut menerima sumbangan alatulis sumbangan dari Kerajaan Negeri Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Ismail bin Salleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama Dan Syarikat Berkaitan Dengan Kerajaan Negeri Kedah.

Share This