P

rogram Mencanai Mumtaz Fasa 2 SPM 2019 melibatkan 62 orang murid Tingkatan 5. Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Acheh Management Centre (KAMC) mulai 02 Oktober hingga 04 Oktober 2019. Objektif program ini adalah memastikan penguasaan murid terhadap tajuk yang lemah dan memberi pendedahan akhir untuk memperkasa jawapan pada bahagian-bahagian yang mudah untuk memperoleh markah. Di harapkan, keterlibatan murid dalam program ini akan memberikan input yang berguna kepada murid untuk menjawab soalan sekaligus mencipta kejayaan yang cemerlang dalam SPM 2019. Terima kasih kepada semua panitia mata pelajaran yang telah menjayakan program ini dengan cemerlang.

Share This