Program ini telah diadakan pada 11 November 2019 di BDB Hotel, Jitra Kedah. Seramai 25 murid, 4 orang guru dan 2 orang pembantu murid terlibat menjayakan program ini.Program ini telah dirasmikan oleh Puan Fauziah binti Desa, PK HEM SMK Muadzam Shah mewakili tuan pengetua. Turut hadir ialah Encik Amrimi bin Haji Othman, Guru Kanan Kemanusiaan, Puan Hamidah binti Ishak Kaunselor.Penyelaras PPKI Encik MOHAMAD Sobri bin Salleh berkata, program ini diadakan untuk semua murid PPKI dan meraikan 3 murid yang akan menamatkan program PPKI pada tahun ini.Dalam program ini, murid-murid turut didedahkan dengan aktiviti keyakinan di air.

Share This