Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah untuk menjadi pengelola untuk Kali ketiga berturut-turut pada tahun ini.Sebanyak 12 pasukan yang mewakili Daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Kulim Bandar Baharu dan Pendang telah menghantar pasukan masing. Smk Muadzam Shah ialah antara pasukan lain yang mewakili Daerah Kota Setar.Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Puteri Sekolah Menengah, Kategori Putera Sekolah Menengah dan Kategori Sekolah Rendah.Berikut ialah keputusan penuh bai pertandingan tersebut. Kategori Sekolah Menengah Puteri dimenangi oleh Smk Muadzam Shah dan tempat kedua dimenangi oleh Smk Agama Kedah. Bagi Kategori Sekolah Menengah Putera pula dimenangi oleh Smk Agama Kedah dan tempat kedua dimenangi oleh Smk Lunas. Bagi Kategori Sekolah Rendah pula dimenangi oleh Sk Seri Mahawangsa dan tempat kedua disandang oleh Sk Kodiang.Tahniah diucapkan kepada anak-anak Muadzam yang berjaya menjadi Johan bagi Kategori Sekolah Menengah Puteri.

Share This