Smk Muadzam Shah telah menghantar seramai tiga orang murid dan seorang guru untuk menyertai pertandingan yang berprestij ini. Pertandingan ini diadakan di Kompleks Sukan Langkawi. Pertandingan ini turut disertai oleh 28 pasukan dari setiap negeri termasuk dari Sarawak. Pertandingan ini diadakan selama 3 hari bermula dari 06 hingga 09 November 2019 dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Kedah.Pasukan ini dianggotai seramai 3 orang murid iaitu Nurul Hani Aqilah Binti Nazrim, Nurul Shahira Binti Abdul Jalil dan Siti Nurliyana binti Saiful Lizam . Peserta perlu melalui 3 fasa penting iaitu membina model jet, sesi penerangan dan sesi penerbangan.

Share This