Smk Muadzam Shah mengorak langkah setapak ke hadapan dengan menyertai Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2019 pada 29 September 2019 di Smk Syed Mohd Al Bukhary.Pemenang pertandingan ini akan mewakili Daerah Kota Setar ke Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh Peringkat Kebangsaan di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi.Smk Muadzam Shah telah menghantar seramai 2 pasukan yang terdiri daripada 4 orang pelajar iaitu Nurul Hani Aqilah binti Nazrim, Nur Izzatul Afifah binti Saadon, Siti Nurliyana binti Saiful Lizam, Nurul Shamira binti Abdul Jalil.Nurul Hani Aqilah binti Nazrim telah terpilih untuk mewakili Daerah Kota Setar ke Pertandingan Inovasi Kapal Terbang Kawalan Jauh Peringkat Kebangsaan 2019 di Langkawi. Sekalung tahniah diucapkan.

Share This