Tarikh: 10 Disember 2019Tempat: SMK Muadzam ShahSeramai 15 orang guru, kakitangan sekolah terlibat dengan Operasi Gotong Royong Menceriakan Sekolah. Operasi ini diketuai sendiri oleh Pengetua SMK Muadzam Shah, Encik Abdul Amin bin Othman. Turut membantu ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Azizan bin Abd Kadir, PK HEM, Puan Fauziah Desa, PK Kokurikulum Puan Aziza Halim dan GK Kemanusiaan Encik Amrimi Haji Othman.Operasi ini juga mendapat sokongan yang kuat dari staff sokongan, pekerja swasta serta pengawal Keselamatan.Hasil dari operasi ini telah membangkitkan keceriaan sekolah.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Share This