Sambutan bulan kemerdekaan di sambut setiap tahun oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah dengan penuh semangat patriotik.Tahun ini, pihak penganjur telah merancang pengisian aktiviti yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Antara aktiviti yang diadakan pada tahun ini ialah pertandingan menghias kelas, pertandingan pantun, pertandingan mendeklamasi sajak, pertandingan kuiz kemerdekaan, pertandingan selfie kemerdekaan, pertandingan menulis esei, pertandingan video pendek, pertandingan nasyid kemerdekaan dan banyak lagi. Semoga semua pelajar Smkms dapat mengambil peluang ini untuk mengasah bakat yang ada.Hari ini, 21 Ogos 2019 pihak penganjur telah menjemput Timbalan Pengerusi Yayasan Komando Malaysia PW1(b) Mohsin bin Mohamad untuk berkongsi pengalaman beliau mempertahankan negara dari pihak musuh.Guru Kanan Kemanusiaan Encik Amrimi bin Haji Othman berkata, setiap pertandingan yang diadakan akan memilih pemenang bagi setiap kategori pertandingan. Semua pertandingan yang diadakan akan diberikan hadiah.

Share This