Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah mengorak setapak lagi ke hadapan dengan menghantar dua pasukan pelajar menyertai Kursus Membina Badan Kapal Terbang Remote Control (RC) DIY Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2019. Peserta dipilih dari kalangan anggota KRS sekolah.

Kursus ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar dengan kerjasama Smk Syed Mohd Al Bukhary serta Kadet Remaja Sekolah Malaysia Daerah Kota Setar.Peserta kursus didedahkan dengan kemahiran Membina Badan Kapal Terbang yang dibuat dari foam. Demontrasi menerbang dan mendaratkan kapal terbang juga turut diadakan kepada semua peserta dan tetamu dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar

Share This