Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah telah menghantar empat orang pelajar tingkatan dua untuk menyertai kursus memasang sistem elektronik Kapal terbang kawalan jauh Siri 2 Peringkat Daerah Kota Setar Tahun 2019 yang diadakan di Smk Kubang Rotan.Kursus ini turut disertai Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Mohd Al Bukhary Dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang.Kursus siri dua ini mendedahkan pelajar kemahiran memasang sistem elektronik Kapal terbang kawalan jauh. Diakhir kursus setiap sekolah telah menguji Kapal terbang kawalan jauh masing- masing di padang sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan.Pesawat milik Smk Muadzam Shah berjaya melakukan penerbangan yang baik namun disebabkan oleh kegagalan sistem teknikal pesawat telah menjunam jatuh menyembah bumi.

Share This