Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah telah menghantar 2 orang sarjan ke kursus tersebut yang diadakan pada 25 hingga 28 September 2019 di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang.Kursus yang diadakan selama 4 hari 3 malam itu telah menguji peserta dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah ujian kawad, ujian kerohanian, ujian kecergasan, ujian ikatan dan simpulan serta temuduga kenaikan pangkat Setaf Sarjan KRS.Selain itu, peserta juga dilatih untuk menjadi pemimpin yang berwibawa melalui pendedahan aktiviti yang melibatkan latihan fizikal dan mental.Anggota KRS yang telah mewakili sekolah pada tahun ini ialah Sarjan KRS Nurul Hani Aqilah binti Nazrim dan Sarjan KRS Nurul Shamira binti Abdul Jalil. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kursus dan berjaya dianugerahkan kenaikan pangkat sebagai Setaf Sarjan KRS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mejar KRS Mohd Majedie bin Mahmood yang banyak memberi tunjuk ajar.Pihak sekolah mendoakan agar mereka akan terus berjaya dalam Kursus Kenaikan Pangkat Pegawai Waran KRS yang akan diadakan nanti.

Share This