Ceramah Maal Hijrah 1441

Pada 12 September 2019 bersamaan 12 Muharam 1441 telah diadakan ceramah sempena Maal Hijrah di Surau Al-Abrar SMK Muadzam Shah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hasan Basri dari SMK Agama Kedah. Semoga ilmu yang disampaikan dapat...

Kursus Kenaikan Pangkat Setaf Sarjan Kadet Remaja Sekolah Malaysia Peringkat Negeri Kedah Tahun 2019.

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah telah menghantar 2 orang sarjan ke kursus tersebut yang diadakan pada 25 hingga 28 September 2019 di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang.Kursus yang diadakan selama 4 hari 3 malam itu telah menguji peserta dalam pelbagai aspek....

Majlis perasmian sambutan bulan kemerdekaan kali ke 62 Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah tahun 2019

Sambutan bulan kemerdekaan di sambut setiap tahun oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah dengan penuh semangat patriotik.Tahun ini, pihak penganjur telah merancang pengisian aktiviti yang lebih menarik untuk pelajar dan guru. Antara aktiviti yang diadakan...

Pelajar

GURU

MATA PELAJARAN

Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah diasaskan pada tahun 1969, sebagai cawangan Sekolah Menengah Pendang.

Pelajar-pelajar ditumpangkan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Buluh Lima. Aliran Bahasa Inggeris dan bahasa Melayu telah diajar di sekolah tersebut.

Pelajar yang lulus Sijil Rendah Pelajaran(SRP) dan Lower Certificate Examination(LCE) akan menyambung pelajaran mereka ke Sekolah Menengah Simpang Empat dan Sekolah Menengah Pendang.

Pada pertengahan tahun 1974, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah(SMKMS) mendapat bangunan baru.

Sekolah baru ini diberi nama ‘Sekolah Menengah Muadzam Shah’ nama yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Ismail Kassim selaku bendahari Persatuan ibu bapa dan Guru ketika itu.

Sekolah Menengah Muadzam Shah ini mempunyai keluasan tanah seluas 18.2 ekar di atas lot bernombor ks (M) 12-1972. Bangunan ini mula dibina ialah dua blok yang mengandungi 12 bilik darjah, 2 makmal sains, dua bilik Ekonomi Rumah Tangga(ERT) , sebuah perpustakaan, sebuah kantin dan sebuah bengkel Seni perusahaan.

Abdul Amin bin Othman

Abdul Amin bin Othman

Pengetua

Pn Fauziah Binti Desa

Pn Fauziah Binti Desa

PK Hal Ehwal Murid

Pn Aziza binti Halim

Pn Aziza binti Halim

Pk Kokurikulum

Pn. Yusmaliza binti Mamat

Pn. Yusmaliza binti Mamat

GKMP Sains dan Matematik

Berita Kami

Ceramah Maal Hijrah 1441

Pada 12 September 2019 bersamaan 12 Muharam 1441 telah diadakan ceramah sempena Maal Hijrah di Surau Al-Abrar SMK Muadzam Shah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Hasan Basri dari SMK Agama Kedah. Semoga ilmu yang disampaikan dapat...

PELANCARAN PROGRAM KITAR SEMULA PERINGKAT SEKOLAH SMK MUADZAM SHAH

Tarikh:24 April 2019 Masa: 2.30 Petang Tempat:Dewan Terbuka, SMK Muadzam Shah. Pelancaran Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah, SMK Muadzam Shah *Aktiviti Kelab Kitar Semula & Alam Sekitar sepanjang tahun 2019 Penyerahan hasil jualan kitar semula kepada pihak...

PT3

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

SPM

Day(s)

:

Hour(s)

:

Minute(s)

:

Second(s)

Takwim Sekolah

Muat Turun Takwim Sekolah

Kami menyediakan takwim sekolah terkini untuk kemudahan anda merancang program sepanjang tahun dengan mudah. Klik butang dibawah untuk muat-turun

Keterangan Lencana Sekolah

Kota
Bermakna kekuatan dan ketegasan yang tidak boleh digugat

Sentiasa Berusaha
Memberikan maksud sifat terpenting kepada harapan pendidikan agar para pelajar sentiasa berusaha dalam hidup mereka demi mencapai kejayaan cemerlang.

Logo Sekolah
Logo sekolah ini terdiri daripada 5 gelungan berantai, sebuah npelita yang sedang bernyala dan dilinkungi oleh kota yang kukuh

Lima Gelungan Berantai
Melambangkan kerjasama yang erat antara para guru, pekerja dan pelajar-pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah

Pelita
Melambangkan ilmu pengetahuan sebagai wadah mencerahkan masa depan

Lagu Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah
Tempat kami menuntut ilmu
Namamu menjadi kebanggaan
Ku sanjung ku puja selamanya

Padamu sekolah
Kutumpahkan setia
Berbakti berjasa
Sepenuh jiwa raga

Amanah ku gengam
Ikrarku kepadamu
Hadapi rintangan
Seia sekata

Sekolah Menengah Kebangsaan muadzam shah
Warnamu terpahat di dadaku
Lambanganmu menjadi kemegahan
Panduan hidup di masa depan(2x)

Objektif dan Misi Kami

Kami di SMK Muadzam Shah sentiasa komited dalam mencapai dasar Kementerian Pelajaran Malaysia seperti berikut

MISI KPM
Membangunkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia
VISI KAMI

Pendidikan Berkualiti
Insan Terdidik
Negara Sejahtera

CONGKATA

‘‘ HIDUP BERJASA MENJAYAKAN WAWASAN’’
Cogankata ini bermaksud sekolah ini berusaha
melahirkan generasi yang cemerlang dan seimbang bagi memenuhi aspirasi negara sesuai dengan kehendak
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

OBJEKTIF KPM

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu ;

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera;

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan dan kemajuan Negara;

Memberikan peluang-peluang pendidikan kepada semua warnegara Malaysia.

MISI KAMI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTTO SEKOLAH

Sentiasa Berusaha
Memberikan maksud sifat terpenting kepada harapan pendidikan agar para pelajar sentiasa berusaha dalam hidup mereka demi mencapai kejayaan cemerlang.

Kemudahan Sekolah

SMK Muadzam Shah lengkap dengan kemudahan terkini untuk pembelajaran para pelajar lebih kondusif

Petunjuk Prestasi Utama Kami
KES PONTENG

Peratus Kes Murid Ponteng Sekolah bagi semua tahun menurun 0.1 (%) daripada 1.1% kepada 1.0%

KEDATANGAN MURID

Kedatangan Murid ke Sekolah bagi semua tahun 93%

KES DISIPLIN

Tiada Kes Disiplin Peringkat Berat dan Peringkat Sederhana dan Peringkat Ringan hanya 1.0% 

KES MURID LEWAT

Peratus penurunan Kes Murid Lewat ke sekolah daripada 3% kepada 2.3%

PEPERIKSAAN

Pencapaian murid melepasi gred D iaitu mencapai tahap minimum

 

SKOR KOMPOSIT

Meningkatkan Skor Komposit Sekolah daripada Band 3 kepada Band 2

Hubungi Kami
Jika ada sebarang masalah sila hubungi kami seperti maklumat di bawah. Kami akan cuba membantu anda

SMK Muadzam Shah

+ 604-748 1800

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, 06800, Alor StarKedah, Malaysia